Tuesday, August 28, 2007

Solat Hajat

Warga SKB dan PIBG SKB akan mengadakan majlis solat hajat di surau sekolah. Majlis akan dimulakan dengan solat Maghrib, solat Hajat untuk UPSR, solat Isyak dan jamuan ringan. Pembaca blog ini dijemput hadir.

Sambutan Kemerdekaan

Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke 50 akan diadakan pada 30 Ogos 2007. Dimalai dengan perarakan dan disusuli dengan acara dewan. Antara acara dewan yang akan diadakan ialah persembahan koir lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Impianku, disusuli dengan pertandingan mewarna dan melukis poster serta acara penyampaian hadiah. Acara membuat buku skrap telah dilancarkan pada awal Ogos dan akan diadili pada 30 Ogos 2007.